Winter Gathering (WG) 2015

Secara ringkasnya, Winter Gathering IPIJ (atau disebut sebagai WG) adalah suatu program tahunan yang dianjurkan oleh Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) pada setiap bulan 12 ketika cuti musim sejuk. Berbeza dengan pengisian program tahunan Salam Kedatangan Untukmu Rakan (SAKURA) yang membawa tema yang lebih mudah, WG sering membawa tema atau topik perbincangan yang lebih berat dan membina pemikiran secara kritikal. Setiap tahun, penceramah jemputan ke WG adalah penceramah-penceramah hebat tanah air yang dibawakan khas ke Jepun untuk memberi pengisian kepada peserta-peserta yang terlibat. Ini untuk memberikan suatu pengalaman perkongsian ilmu yang mantap disamping membudayakan pencarian ilmu kepada pelajar-pelajar Muslim Malaysia di Jepun.

12294760_1491740144464258_7652298438656721218_n

Post Author: ipijteknologi