Selamat Hari Merdeka

独立記念日おめでとうございます!

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Laungan kemerdekaan yang bergema di seluruh pelusuk Tanah Melayu lebih enam dekad yang lalu.

Alhamdulillah nikmat kemerdekaan dapat kita kecapi setelah lebih 400 tahun dijajah kuasa asing. Kemerdekaan yang dicapai hari ini bukan mudah, tapi dibayar dengan darah, pengorbanan rakyat dan para pemimpin terdahulu.

Suka untuk dinaikkan kembali semangat mempertahankan tanah air, agama dan negara daripada anasir luar yang akan merosakkan binaan kukuh yang membangunkan Malaysia atas dasar perpaduan ummah serta toleransi kaum berbilang bangsa.
Moga tidak luntur ditelan zaman dan teknologi canggih.
Moga tidak rapuh diserang doktrin dan anasir luar.

Wahai rakyat Malaysia,
Merdeka itu bukan sekadar bebas tanpa sebarang pegangan.
Bebaslah dengan mengikut ajaran.
Ajaran Al-quran dan Sunnah yang menuju Tuhan.
Supaya merdeka bukan hanya sekadar laungan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59 tahun, ‘Sehati Sejiwa’ Malaysia tercinta!

14191906_1127407353963858_5178913231536832714_n

Post Author: ipijteknologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *