TENTANG KAMI

Sejarah Penubuhan IPIJ

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) merupakan satu perkumpulan yang dirancang bermula awal 1998 atas rasa kesedaran sekumpulan pelajar yang mengikuti usrah semenjak di Malaysia untuk meningkatkan pemahaman terhadap Islam dan seterusnya sedikit-sebanyak menyumbang kepada perkembangan Islam. Cetusan idea ini juga digarap oleh barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan dengan bimbingan daripada beberapa bekas pimpinan persatuan mahasiswa Malaysia di luar negara. IPIJ yang bermula daripada kosong, mengadakan perjumpaan pertamanya pada Mei 1999 di Nagoya bagi menyusun organisasi, merangka aktiviti-aktiviti dan pelan tindakan serta telah menetapkan nama IPIJ yang sekaligus menyusur kepada penubuhan IPIJ pada perjumpaan pertama. Rentetan daripada perjumpaan pertama, IPIJ telah merancang program umum pertama yang telah diadakan di Shiga, di mana pada 10 Ogos 1999, IPIJ telah dirasmikan penubuhannya.

Objektif Penubuhan IPIJ

Penubuhan Ikatan Persaudaraan Islam Jepun ini berlandaskan kepada empat objektif utama iaitu:-
1) Mengamalkan dan menyebarkan ajaran Islam.
2) Mengeratkan ukhwah pelajar-pelajar Islam Malaysia yang berada di Jepun sebagai sebuah jemaah yang berlandaskan ajaran Islam.
3) Menganjurkan program-program Ilmiah secara lebih bersepadu dan efektif.
4) Melatih dan membentuk pelajar yang dinamik dan berpegang teguh berteraskan  Al-Quran dan Hadis.

Visi IPIJ

Membangunkan mukmin profesional yang faham serta mengamalkan Islam yang syumul, sedia berkorban untuk agama dan negara, demi mewujudkan masyarakat yang berpegang dengan aqidah yang sahih dan mempunyai nilai-nilai hidup Islam demi menuju keredhaan Allah.

Misi IPIJ

1) Menerapkan 3 elemen utama dalam gerak kerja berpersatuan IPIJ melalui elemen dakwah, tarbiyah dan siasah tanpa meninggalkan kewajipan melaksanakan amar makruf nahi munkar.
2) Menyediakan wadah bagi peningkatan input agama, akademik dan isu-isu semasa untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berilmu dan beramal.
3) Menjadi rujukan sebagai badan pelajar yang berupaya memberi penyelasaian kepada masalah-masalah para pelajar di Jepun.
4) Berusaha menjadi badan persatuan pelajar yang menyediakan alternatif untuk penyelasaian berasaskan syariat Islam.
5) Bertindak sebagai duta Islam di Jepun yang menonjolkan imej Islam yang sebenar kepada masyarakat.

Moto

Ukhuwah Berterusan Tarbiyyah Berpanjangan

Logo Rasmi IPIJ

ipij.png

Facebook Fan Page
https://www.facebook.com/IPIJ.IkatanPersaudaraanIslamJepun

Twitter
https://twitter.com/ipijteknologi

Instagram
https://www.instagram.com/ipij_tech/