Muslim Students Association in Japan Annual Meeting 2016

Alhamdulillah wakil IPIJ berkesempatan menghadiri perhimpunan tahunan pelajar Muslim seluruh Jepun di Shizuoka, antaranya membincangkan wawasan umat Islam di Jepun menjelang 2050, membina komuniti islam yang aktif dan kehadapan, membincangkan cara untuk membantu ibu bapa muslim di Jepun untuk mendidik anak-anak mengikut acuan Islam, pendedahan tentang sistem perbankan islam dan konsep jual beli serta sistem takaful.

“Pada tahun 2050, saya mensasarkan 460,000-660,000 Muslim dari setiap pelusuk dunia datang dan menetap di Jepun, 5,000,000 pelancong Muslim datang ke Jepun setiap tahun. Oleh itu kita Muslim perlu berusaha keras untuk meningkatkan peluang lebih ramai Muslim datang ke Jepun melalui pintu bisnes dan pelaburan terutamanya bidang-bidang professional serta meningkatkan kualiti makanan halal haram, sistem kewangan dan perubatan menepati syariah, merealisasikan impian Muslim Town, dan paling besar mewujudkan ahli parlimen Jepun yang beragama islam. Kesemuanya adalah bermatlamatkan membina ‘Khaira Ummah’ di Jepun.”

Perhimpunan yang bertemakan “Bridging the distance between Muslims and the Japanese Culture” ini dihadiri Dr Ahmad Almansour, Syaikh Sugimoto, Miwa Essaadi, Prof Kamal Okuda dan Dr Zaharuddin Muhammad sebagai penceramah jemputan.

13700046_1096878443683416_7282083303314572127_n

Post Author: ipijteknologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *