Isu Semasa : 台風10号(Taufan Lionrock)

Menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun, seminggu selepas Taufan Mindulle dan Kompasu, kini Taufan Lionrock dijangka membadai kawasan timur laut Jepun, ke rantau Tohoku. Membawa angin kencang berkelajuan sehingga 120 kilometer sejam, ribut itu menuju ke utara pada kelajuan 30 kilometer sejam.

Pihak berkuasa telah mewartakan amaran banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat. Sejak semalam lagi, kebanyakan operasi penerbangan dan shinkansen telah dihentikan ataupun ditangguhkan buat sementara waktu dan hanya beroperasi dengan perkhidmatan yang sangat terhad.

Hati-hati bagi semua yang berada di Jepun terutamanya di kawasan utara Jepun. Elakkan keluar rumah dalam jangka masa yang lama kecuali jika ada urusan penting.
Sentiasa peka dengan berita dan sebarang amaran.

Mereka yang bakal terjejas dengan bencana ini dinasihatkan untuk menyimpan stok keperluan harian sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hari.

Post Author: ipijteknologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *