Isu Semasa : RUU 355

[RUU 355 @ Rang Undang-Undang Akta 355]

IPIJ ingin berkongsi salah satu isu negara dan umat Islam di Malaysia iaitu berkaitan pindaan RUU 355 2016.
RUU 355 berkait rapat dengan umat Islam.
Jadi sebagai seorang muslim yang berwarganegara Malaysia, ianya merupakan satu keperluan bagi kita untuk memahami undang-undang Islam di Malaysia.

RUU 355 merupakan satu akta bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pada 26 Mei 2016 yang lalu, telah dibentangkan cadangan untuk meminda RUU 355 dan telah diterima oleh Dewan Rakyat.
Pindaan ini bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah yang pada masa kini kuasanya lebih rendah dari Mahkamah Majistret.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah pada masa kini banyak tertumpu pada aspek kekeluargaan Islam. Oleh itu dengan adanya pindaan ini hukuman dan undang-undang jenayah syariah di Malaysia akan menjadi lebih tegas selari dengan perkembangan zaman masa kini yang dapat kita lihat masalah sosial, jenayah umat Islam semakin membimbangkan.

Disertakan di bawah, link PDF dari Mufti Wilayah Persekutuan yang menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pindaan RUU 355.

Versi Bahasa Melayu :
http://muftiwp.gov.my/docs/bl67.pdf

Versi Bahasa Inggeris:
http://muftiwp.gov.my/docs/BL67eng.pdf

IPIJ SOKONG ISLAM!

Post Author: ipijteknologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *