KEHIDUPAN DI JEPUN

CALPIS 2013b7

1. SOLAT

Solat merupakan tiang agama. Tidak ada sebarang alasan untuk kita meninggalkan solat sekalipun dalam keadaan genting seperti peperangan pun kita wajib menunaikan solat. Inikan pula kita yang menetap di bumi matahari terbit ini, yang pastinya tidak terlepas dengan pelbagai dugaan.
Solat Jamak Qasar

JAMA’ DAN QASAR
Orang Islam yang bermusafir lebih dari 2 marhalah (91 km), sama ada berkenderaan darat, udara atau laut diharuskan mengqasarkan (meringkaskan) serta menjama’ (menghimpunkan) solat farhunya selama ia bermusafir. Ulama’ berselisihan dalam menentukan bilangan ataupun selama bila kita boleh menjamakkan dan mengqasarkan solat ini. Ada yang mengatakan selama 10 hari dan ada pula yang mengatakan selama kita bermusafir itulah ruhksoh ini berterusan. Tetapi pendapat yang kuat mengatakan, selama 3 hari perjalanan tidak termasuk hari tiba dan hari pulang.

SOLAT JUMAAT
Bilangan solat Jumaat
Khilaf mengenai bilangan solat Juma’at ini telah dihapuskan. Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Al-Ikhtiyarat/119-120 menjelaskan solat Jumu’at terlaksana dgn minima TIGA orang. Dalilnya, Hadis Muslim dari Abu Sa’eed Al-Khudry r.a,” jika mereka tiga orang, maka hendaklah salah seorang dari mereka diangkat sebagai Imam..” (Muslim, kitab Masjid no 672). Ini juga fatwa mantan mufti dan ketua Lajnah Fatwa Arab Saudi, Syaikh dan Al-Muhaddith Abdullah Ben Baz, Syarh Bulugh Al-Maram hadis no 491.

Bagaimana menilai pendapat Syafi’iyah yang menetapkan bilangan Juma’at hendaklah minima 40 orang. Hadis yang digunakan oleh Imam Syafie adalah hadis sahih dalam Sunan Abu Daud no 1069, hadis Abdul Rahman bin Ka’ab bin Malik r.a. Imam Syaukani dalam Nayl Al-Awthor 2/494 mengulas bahawa solat Juma’at itu adalah di permulaan Hijrah ketika bilangan orang Islam sedikit sekitar 40 orang. Maka bilangan 40 itu bukanlah hadis dalil akan bilangan Juma’at kerana tiada penegasan secara qat’iy(putus). Syaikh Baz mengeluarkan fatwa rasmi (Majmu Fatawa Ben Baz: 12/361), bahawa persyaratan bilangan 40 itu adalah berunsur situasi pada masa itu dan bukanlah syarat Jumaat.
Solat  Jumaat

#Tahqeeq Hadis meninggalkan Juma’at:
Hadis Abu Ja’ad alDhamiri r.a berkata Imam Al-Hafeedz Ibn Hajar dalam Talkhis Al-Habeer: 2/52; hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ashab As-Sunan, Al-Hakim dan disahihkan oleh Ibn As-Sakan. Disahihkan oleh Imam Al-Albani, Sahih Al-Jami’ #6143

Bersuci

Beristinjak

BATAS PERGAULAN

Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam Al-Quran mafhumnya:
“Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang wanita.”
(Surah An-Nur: ayat 31)

Akhlak pergaulan
Antara akhlak yang diutamakan dalam Islam ialah sifat haya’ (malu). Haya’ adalah satu instrumen yang digunakan untuk membina kesucian dan mengawal pergaulan.
“Setiap agama ada akhlaknya, dan akhlak Islam itu adalah haya’ “(Hadis Riwayat Malik, Ibn Majah, Baihaqi)
“Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Bila yang satu diangkat maka yang lainpun akan terangkat pula”(Hadis Riwayat Muslim)
Lelaki dan wanita yang beriman dan telah memiliki sifat haya’ akan sentiasa menjaga kesucian dirinya dari perbuatan dosa.

(1) Suci dari syahwat yang tersembunyi
Di dalam hukum Islam, kecenderungan dan syahwat seorang lelaki terhadap wanita diluar nikah adalah sama dengan perbuatan zina. Oleh itu nafsu berahi ketika melihat, bercakap, serta mengunjungi wanita adalah perbuatan zina. Islam menghukumnya sebagai haram kerana ia merupakan langkah-langkah awal bagi seseorang untuk menuju kearah zina!

(2) Suci dari pandangan-pandangan berahi
Pandangan penuh berahi antara lelaki dan wanita adalah merupakan pintu menuju maksiat yang sangat bahaya. Firman Allah Taala maksudnya:
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: hendaklah mreka menahan pandangan mereka… Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangan mereka… “
(Surah An-Nur: ayat 30-31)

(3) Suci dari tabarruj jahiliyyah
Tabarruj jahiliyyah ialah kesukaan untuk memperlihatkan kecantikan dan perhiasan dirinya. Al-Quran menamakan segala perbuatan yang bertujuan untuk memikat serta menarik perhatian selain dari suami sebagai tabarruj jahiliyyah.
Firman Allah Taala mafhumnya:
“..dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahilyyah dahulu “(Surah Al-Ahzab: ayat 33)
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam maksudnya:
“Wanita yang memakai wangi-wangian,kemudian dia keluar dan melewati suatu kaum (lelaki ajnabi) agar mereka mencium harum baunya, maka dia adalah penzina, dan tiap-tiap mata yang memandang itupun adalah zina”(Hadis Riwayat Ahmad, Baihaqi dan Al-Hakim)

(4) Suci dari pendedahan aurat
Sebagai kesimpulan, dapatlah difahami bahawa sifat haya’ menjadikan seseorang terlindung dari pencemaran kesucian dirinya. Sifat haya’ adalah hasil dari didikan akhlak Islami yang menjadikan seorang beriman dapat menghapuskan segala kecenderungan jahat yang ada di dalam hati dan dirinya. Semua tindakan yang diambil Islam adalah ditujukan kepada perbaikan masyarakat Islam sehingga kelemahan-kelemahan individu tidak meluas menjadi penyakit sosial masyarakat.

Kombini

Kombini

FamilyMart

Banyak kegunaan convenience store a.k.a konbini yang terdapat di Jepun ini. Antara fungsi dan perkhidmatan yang disediakan ialah:

7elevenses

1. Perkhidmatan penghantaran pos dan barangan. (Yuubin dan Yamato Kuroneko)
2. Perkhidmatan photocopy dan fax.
3. Perkhidmatan Automated Teller Machine ATM (kebanyakan kad bank boleh digunakan. Chuii pada cas yang dikenakan pada bukan waktu bekerja dan hujung minggu.)
4. Perkhidmatan pembayaran bil elektrik, gas, air dan sebagainya.
5. Perkhimatan pembayaran tiket bas, kapal terbang dan sebagainya.
6. Perkhimatan pembayaran pembelian barangan di Amazon, Rakuten dan Yahoo.
7. Perkhidmatan tambah nilai kredit Skype. (Lawson dan Family Mart)
8. Perkhidmatan jualan barangan keperluan, minuman, makanan ringan, dan lain-lain.

Perkara yang perlu di ambil berat:
1. Tidak semua roti dan onigiri yang dijual di konbini boleh dimakan.
2. Air dan makanan perlu diteliti isi kandungannya.
3. Perkhidmatan ATM selepas pukul 5.00 petang akan dicas sebanyak 210 yen, bukan 105 yen.
4. Tandas di konbini antara tempat yang paling glamer untuk pelajar muslim mengambil wuduk. ^^

How to make Japanese friends

Pesanan buat adik