Friday Reminder #4

[CINTA ADALAH TANGGUNGJAWAB] Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku di kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari metodologi yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah sallallahualaihi wasallam sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung. Di dalam surah Aali-Imran, Allah Taala telah menyatakan kriteria golongan-golongan yang […]

“Hilang Sebuah Lagi Permata Ummah”

Dalam kita menyambut satu hari istimewa memperingati penubuhan Malaysia 53 tahun lalu, Malaysia juga telah mengalami suatu kehilangan yang sangat besar dengan pemergian seorang ulama yang hebat pada hari ini. Pada hari Jumaat yang penuh berkat ini, hujan membasahi bumi Malaysia seperti menangisi pemergian Tuan Guru Dato Dr. Harun Din, seorang pemimpin yang istiqamah dalam […]

Perutusan Aidiladha 1437H

Bismillahirrahmannirrahim. Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar. Allahu akbar walillahil hamd. Alhamdulillah segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam dan yang telah menurunkan segala nikmat kepada mahlukNya samaada di Langit atau Bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Suasana hari-hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Aidiladha ini hendaklah dihiasi dengan […]

Isu Semasa : RUU 355

[RUU 355 @ Rang Undang-Undang Akta 355] IPIJ ingin berkongsi salah satu isu negara dan umat Islam di Malaysia iaitu berkaitan pindaan RUU 355 2016. RUU 355 berkait rapat dengan umat Islam. Jadi sebagai seorang muslim yang berwarganegara Malaysia, ianya merupakan satu keperluan bagi kita untuk memahami undang-undang Islam di Malaysia. RUU 355 merupakan satu […]

Selamat Hari Merdeka

独立記念日おめでとうございます! “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Laungan kemerdekaan yang bergema di seluruh pelusuk Tanah Melayu lebih enam dekad yang lalu. Alhamdulillah nikmat kemerdekaan dapat kita kecapi setelah lebih 400 tahun dijajah kuasa asing. Kemerdekaan yang dicapai hari ini bukan mudah, tapi dibayar dengan darah, pengorbanan rakyat dan para pemimpin terdahulu. Suka untuk dinaikkan kembali semangat mempertahankan tanah […]

Isu Semasa : 台風10号(Taufan Lionrock)

Menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun, seminggu selepas Taufan Mindulle dan Kompasu, kini Taufan Lionrock dijangka membadai kawasan timur laut Jepun, ke rantau Tohoku. Membawa angin kencang berkelajuan sehingga 120 kilometer sejam, ribut itu menuju ke utara pada kelajuan 30 kilometer sejam. Pihak berkuasa telah mewartakan amaran banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat. Sejak semalam […]

Friday Reminder #3

[Hikmah Bersedekah] Menginfakkan (menyedekahkan) sebahagian harta bukannya akan membawa kepada kemiskinan tetapi mendapat keampunan Allah malah ditambahkan lagi rezeki kita. Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.. (sehingga akhir ayat) An Nahl:96 Harta yang kita kumpul di dunia tidak kekal kerana tidak dibawa bersama- sama ketika […]

Friday Reminder #2

[Syaitan tiada kuasa keatas manusia] Apabila sudah dihitung amalan nanti, orang2 yang menjadi pengikut syaitan akan mempersoalkan mengapa syaitan membuat helah kepada mereka. Saat inilah syaitan pun menempelak kembali dengan mengatakan bahawa syaitan sendiri tak ada apa2 pun kuasa terhadap manusia, hanya dengan bisikan sahaja. Manusia sendiri yg membenarkan diri mereka terus berbuat dosa kerana […]

Siri Perang Dalam Islam : Perjanjian Hudaibiyah.

Hikmah di sebalik Perjanjian Hudaibiyah. Setelah disentuh berkenaan Baiah Ridwan pada post sebelum ini, kini Siri Poster Perang dalam Islam IPIJ menyambung pula dengan kronologi seterusnya dalam peristiwa tersebut iaitu perjanjian Hudaibiyah. Setelah semua golongan muslimin berbaiah untuk memerangi Orang kafir Quraisy, semangat mereka itu seperti dipatahkan dan dihentikan dengan Musyrikin Quraisy menghantar Suhail bin […]

Friday Reminder #1

Kita dapat lihat pada hari ini ramai yang menuntut hak masing-masing. Hak sebagai seorang perempuan, hak sebagai pelanggan, hak sebagai pelajar dsb. Sehinggakan pondan, LGBT juga mahu menuntut hak mereka sebagai pondan, LGBT. Apabila ramai orang menuntut HAK masing-masing, maka akan berkuranglah orang-orang yang sedar tentang TANGGUNGJAWAB yang perlu mereka laksanakan. Maka dengan ini, akan […]