Friday Reminder #2

[Syaitan tiada kuasa keatas manusia] Apabila sudah dihitung amalan nanti, orang2 yang menjadi pengikut syaitan akan mempersoalkan mengapa syaitan membuat helah kepada mereka. Saat inilah syaitan pun menempelak kembali dengan mengatakan bahawa syaitan sendiri tak ada apa2 pun kuasa terhadap manusia, hanya dengan bisikan sahaja. Manusia sendiri yg membenarkan diri mereka terus berbuat dosa kerana […]

Siri Perang Dalam Islam : Perjanjian Hudaibiyah.

Hikmah di sebalik Perjanjian Hudaibiyah. Setelah disentuh berkenaan Baiah Ridwan pada post sebelum ini, kini Siri Poster Perang dalam Islam IPIJ menyambung pula dengan kronologi seterusnya dalam peristiwa tersebut iaitu perjanjian Hudaibiyah. Setelah semua golongan muslimin berbaiah untuk memerangi Orang kafir Quraisy, semangat mereka itu seperti dipatahkan dan dihentikan dengan Musyrikin Quraisy menghantar Suhail bin […]

Friday Reminder #1

Kita dapat lihat pada hari ini ramai yang menuntut hak masing-masing. Hak sebagai seorang perempuan, hak sebagai pelanggan, hak sebagai pelajar dsb. Sehinggakan pondan, LGBT juga mahu menuntut hak mereka sebagai pondan, LGBT. Apabila ramai orang menuntut HAK masing-masing, maka akan berkuranglah orang-orang yang sedar tentang TANGGUNGJAWAB yang perlu mereka laksanakan. Maka dengan ini, akan […]

期末試験 (Peperiksaan Akhir Semester)

Assalamualaikum wrm, IPIJ ingin mengucapkan selamat maju jaya dan 頑張ってください!buat para pelajar Malaysia di seluruh Jepun yang sedang menghadapi musim peperiksaan akhir(期末試験). Banyakkan berdoa dan bertawakkal setelah berpulun berusaha membaca, menghafal. Moga Allah beri kejayaan pada semua dan dipermudahkan urusan. Allah swt berfirman di dalam surah Al-Ankabut ayat 69, “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh […]

Muslim Students Association in Japan Annual Meeting 2016

Alhamdulillah wakil IPIJ berkesempatan menghadiri perhimpunan tahunan pelajar Muslim seluruh Jepun di Shizuoka, antaranya membincangkan wawasan umat Islam di Jepun menjelang 2050, membina komuniti islam yang aktif dan kehadapan, membincangkan cara untuk membantu ibu bapa muslim di Jepun untuk mendidik anak-anak mengikut acuan Islam, pendedahan tentang sistem perbankan islam dan konsep jual beli serta sistem […]

Perutusan Aidilfitri 1437H

Assalamualaikum wrm. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahilhamd. (Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah) Alhamdulillah setelah kita mula menempuhi Ramadhan sejak sebulan yang lepas, akhirnya telah sampai pun kita kepada penghujungnya. Dan selepas ini pula, setiap ummat Islam akan meraikan kemenangan mereka setelah berjaya melaksanakan perintah puasa Allah dengan jayanya […]

Ihya’ Ramadhan : Sharing Senpai #8

Assalamualaikum wrm, Untuk perkongsian terakhir siri sharing senpai tahun ini, nak cerita tentang kajian saya tentang 溶接(welding/kimpalan). Eksperimen mengambil masa seharian kerana lebih kurang 119 sampel perlu dikimpal. Selepas dikimpal, 引張試験(tensile test) perlu dilakukan bukan untuk 1 atau 2 tapi untuk hampir 85 sampel. Hampir 4 jam dihabiskan berdiri untuk berulang kali memasang dan mencabut […]

Ihya’ Ramadhan : Sharing Senpai #7

Assalamualaikum wrm, Hari ini saya nak sambung cerita yang ketiga(dan terakhir dari saya). Pertama kali berpuasa bersama keluarga di Jepun. Waktu puasa natsu(summer) yang panjang. Daripada jam 2.50 pagi sehingga 7.10 malam agak memenatkan. Namun Alhamdulillah, dah masuk tahun ketiga puasa di musim panas, Allah bantu dengan hujan dan cuaca mendung hampir sepanjang bulan ramadhan. […]

Isu Semasa : Doa Untuk Turki

Sekurang-kurangnya 42 orang terkorban, termasuk 13 warga asing dan lebih 200 orang dilaporkan cedera dalam serangan bom pengganas lewat malam selasa (28 Jun) di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul yang merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah . Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera sehingga kini. Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, berkata tiga orang pengebom […]

Lailatul Qadar dan Cinta

“Sesungguhnya Kami telah turunkan nya(Al Quran) pada malam alQadr. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam Al Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).Selamat sejahteralah ia sehingga terbit fajar. “( Surah AlQadr:1-5) Apabila […]