Challenge Week 2016

お疲れ様でした! Alhamdulillah Challenge Week 2016 telahpun berakhir semalam ! Meneroka hutan di Jepun pada hari semalam awalnya nampak mudah dan senang dilakukan, namun setelah melalui pelbagai halangan yang menguji kekuatan fizikal dan ketahanan emosi, dapat disimpulkan bahawa forest adventure pada kali ini sangat mencabar. Melalui program ini, selain dapat menghayati keindahan alam ciptaan Allah, tautan […]

Friday Reminder #4

[CINTA ADALAH TANGGUNGJAWAB] Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku di kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari metodologi yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah sallallahualaihi wasallam sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung. Di dalam surah Aali-Imran, Allah Taala telah menyatakan kriteria golongan-golongan yang […]

“Hilang Sebuah Lagi Permata Ummah”

Dalam kita menyambut satu hari istimewa memperingati penubuhan Malaysia 53 tahun lalu, Malaysia juga telah mengalami suatu kehilangan yang sangat besar dengan pemergian seorang ulama yang hebat pada hari ini. Pada hari Jumaat yang penuh berkat ini, hujan membasahi bumi Malaysia seperti menangisi pemergian Tuan Guru Dato Dr. Harun Din, seorang pemimpin yang istiqamah dalam […]

Perutusan Aidiladha 1437H

Bismillahirrahmannirrahim. Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar. Allahu akbar walillahil hamd. Alhamdulillah segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam dan yang telah menurunkan segala nikmat kepada mahlukNya samaada di Langit atau Bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Suasana hari-hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Aidiladha ini hendaklah dihiasi dengan […]

Isu Semasa : RUU 355

[RUU 355 @ Rang Undang-Undang Akta 355] IPIJ ingin berkongsi salah satu isu negara dan umat Islam di Malaysia iaitu berkaitan pindaan RUU 355 2016. RUU 355 berkait rapat dengan umat Islam. Jadi sebagai seorang muslim yang berwarganegara Malaysia, ianya merupakan satu keperluan bagi kita untuk memahami undang-undang Islam di Malaysia. RUU 355 merupakan satu […]

Selamat Hari Merdeka

独立記念日おめでとうございます! “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Laungan kemerdekaan yang bergema di seluruh pelusuk Tanah Melayu lebih enam dekad yang lalu. Alhamdulillah nikmat kemerdekaan dapat kita kecapi setelah lebih 400 tahun dijajah kuasa asing. Kemerdekaan yang dicapai hari ini bukan mudah, tapi dibayar dengan darah, pengorbanan rakyat dan para pemimpin terdahulu. Suka untuk dinaikkan kembali semangat mempertahankan tanah […]

Isu Semasa : 台風10号(Taufan Lionrock)

Menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun, seminggu selepas Taufan Mindulle dan Kompasu, kini Taufan Lionrock dijangka membadai kawasan timur laut Jepun, ke rantau Tohoku. Membawa angin kencang berkelajuan sehingga 120 kilometer sejam, ribut itu menuju ke utara pada kelajuan 30 kilometer sejam. Pihak berkuasa telah mewartakan amaran banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat. Sejak semalam […]

Ekspedisi Fuji (女性限定)

Assalamualaikum wrm, InsyaAllah pada malam ini, Team Ekspedisi Gunung Fuji akan mulakan pendakian menawan puncak tertinggi di Kepulauan Jepun. Semoga semua selamat dan dipermudahkan urusan! اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً Ertinya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), […]

Friday Reminder #3

[Hikmah Bersedekah] Menginfakkan (menyedekahkan) sebahagian harta bukannya akan membawa kepada kemiskinan tetapi mendapat keampunan Allah malah ditambahkan lagi rezeki kita. Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.. (sehingga akhir ayat) An Nahl:96 Harta yang kita kumpul di dunia tidak kekal kerana tidak dibawa bersama- sama ketika […]

Kursus Pengurusan Jenazah

  Alhamdulillah, pada 11 Ogos 2016, IPIJ bersama Muslim Care Japan (MCJ) dan Islamic Cultural Centre Sendai (ICCS) telah berjaya menjayakan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH di Sendai. Semoga ilmu yang dikongsi dapat kita gunakan untuk menunaikan fardhu kifayah sekiranya berlaku sebarang kematian terutamanya dalam komuniti muslim di Jepun. Terima kasih pada Saudara Hairul bin Bakri yang […]