S.A.K.U.R.A

LAPORAN S.A.K.U.R.A 2015

3 Mei 2015, Ahad (pre- Sakura)

Buat julung kalinya IPIJ mengadakan program Pre-sakura iaitu bersama-sama melihat kecantikan bunga Tulip di Tonami Tulip Fair 2015 khas buat peserta yang tiba awal di Toyama sehari sebelum program bermula. Tempat penginapan buat peserta pre-Sakura adalah Masjid al-Faruq dan beberapa rumah pelajar Malaysia di Toyama.

4 Mei 2015, Isnin

Peserta yang menaiki bas malam dan tiba awal pagi di Toyama dibawa berehat ke masjid al-Faruq kemudian dihantar ke tempat penginapan program menggunakan kereta.

Progam dimulakan dengan kuliah fondisi disampaikan oleh Presiden IPIJ, saudara Wan Noruddin Rasol mengenai siapakah yang dikatakan ulul albab di dalam al-Quran, menyuntik semangat ke dalam diri setiap peserta agar istiqamah dalam mencari identiti seorang muslim sejati di Jepun. Beliau juga memperkenalkan organisasi IPIJ serta visi dan misi yang ingin dicapai bersama semua pelajar. Seterusnya para peserta bermain “Sayang Si Buta” dalam slot ice breaking setelah dipecahkan kepada 7 kumpulan, diasingkan tempat peserta muslimin muslimat. Dalam kehidupan yang serba mencabar ini, bagaikan seorang si buta, peserta diingatkan supaya sentiasa mencari suara sahabat-sahabat yang membawa kita kearah kebaikan dan bertawakkal pada Allah ketika membuat keputusan. Peserta muslimin menyambung slot ini dengan bermain permainan baling selipar sebagai aktiviti riadhah walaupun hujan renyai pada permulaannya.

Pada sebelah malam, slot sembang santai bersama pelajar-pelajar senior di Jepun diadakan sebagai platform berkongsi pengalaman serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar baru bertanya soalan kepada para pelajar senior tentang permasalahan di Jepun. Panelis bagi sembang santai muslimin adalah saudara Adnin, saudara Luqman Hakim dan saudara Rasol merangkap Presiden IPIJ 2015. Manakala bagi pihak muslimat pula, saudari Nor Fariza, saudari Nurul Fazirah dan Saudari Afifah, Timbalan presiden IPIJ 2015

5 Mei 2015, Selasa

Sesi muhasabah dalam slot kuliah subuh dijalankan bagi mengingatkan semula tujuan mengapa kita dihidupkan dan terpilih untuk berada di Jepun. Kemudian, para peserta diberi tempoh masa untuk berehat sebelum aktiviti Jungle-race bermula. Aktiviti yang berkonsepkan explorace ini memliki 7 checkpoints untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan peserta. Elemen ukhuwwah, kerjasama, berfikir di luar kotak, bertanggungjawab dengan amanah dan peka tentang kecelaruan maklumat.khususnya mengenai status halal haram makanan, menjadi objektif utama setiap aktiviti dalam jungle-race ini.

Perjalanan program SAKURA diteruskan lagi dengan kuliah penutup disampaikan oleh saudara Muzammir Muhammad, penasihat IPIJ 2015. Beliau mengingatkan para pelajar supaya sedar akan realiti sebenar yang perlu dihadapi oleh seorang pelajar Muslim di Jepun baik dari segi tujuan kehidupan dunia sebagai pelaburan akhirat mahupun dari segi akademik serta prospek kerjaya yang perlu dikejar.

Usai kuliah penutup pada pukul 3 petang, semua peserta berkumpul untuk shugo shashin dan bersurai ke tempat masing-masing.

Disediakan oleh,

WAN NURHASNI BINTI WAN AB AZIZ

Setiausaha program S.A.K.U.R.A 2015

11206845_858770747494188_2123836270374922741_o